SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG


 
  ....... بسم الله

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Setiap perkara yang dikait dan berkait dengan kitab suci al-Quran pasti akan menjadi mulia dan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T. Benarnya Firman ALLAH Yang Maha Agung :

لَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَاباً فِيهِ ذِكْرُكُمْ

“Sesungguhnya telah KAMI turunkan kepada kamu sebuah kitab yang padanya terdapat kemuliaan bagimu.” 

(al-Anbia’: 10)

Kami memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila direzekikan oleh ALLAH S.W.T untuk bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan di Al-Hidayah Group dan juga Yayasan D8 Malaysia.

Jutaan penghargaan dan terima kasih dari kami di pengurusan HUFFAZ CARE serta Keluarga Besarnya kepada Yang Berbahagia Tuan Presiden Al-Hidayah Group dan keluarga beliau atas anugerah mereka kepada pihak pengurusan HUFFAZ CARE untuk mengguna-pakai (Waqaf-Guna) Kompleks Pendidikan YD8 di Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka. Hanya ALLAH S.W.T sahajalah yang selayaknya memberi balasan atas segala kebaikan dan ehsan ini di dunia ini lagi dan melipat-gandakannya di akhirat nanti. Amien Ya Rabbal ‘Alamin

HUFFAZ CARE ditubuhnya dengan maksud menjadi landasan perjuangan kepada kami barisan pengasas dan masyarakat muslim seluruhnya untuk berkhidmat kepada al-Quran dan para Huffaznya dengan batasan keupayaan serta kemampuan masing-masing yang di izinkan ALLAH S.W.T.

Adalah menjadi harapan besar kami di pihak pengurusan HUFFAZ CARE agar semua pihak dapat mengambil manafaat dari kemudahan yang ada di HUFFAZ CARE ini dalam maksud untuk memperjuangkan al-Quran dan seterusnya meletakkannya ditahap yang tertinggi sebagaimana ketinggian dan kemuliaan ALLAH S.W.T.

Kepada semua Ahlul Khidmah HUFFAZ CARE saya ucapkan Jazakumullah Khairal Jaza’ dengan iringan doa agar ALLAH S.W.T merahmati kalian selalu dan memberkati kehidupan juga keturunan kalian asbab khidmat yang dilakukan di HUFFAZ CARE. Semoga ALLAH S.W.T istiqomahkan kita atas landasan perjuangan suci ini dan pelihara kita semua didunia dan akhirat. Terima kasih sekali lagi buat kalian.


Salam ukhuwah dan salam perjuangan,


Akhukum Fillah, Khadim al-Qur’an wa Ahlihi 

Muhammad, Abu Nibros

Taboh Naning, Melaka

Tanggal :  17hb. November 2022

Comments

Popular posts from this blog

KENALI HUFFAZ CARE